Wednesday, 15 May 2013

MENGENAL PASTI STRATEGI DALAM PERNIAGAAN/IT





Syarikat memerlukan satu rangka strategik melalui penggunaan internet dan menggunakan manfaat yang ada untuk persaingan. Penggunaan internet membolehkan syarikat menjangkaui halangan dalam komunikasi dan menetapkan hubungan yang akan meningkatkan produktiviti, merangsang pembangunan inovatif dan menggalakkan hubungan antara pelanggan.    

                                                                                                                                                                                                                                  
 TINGGI                                                                                                       


Penembusan Pasaran Global


Transformasi Produk & Perkhidmatan


Peningkatan Kos & Kecekapan


Penambahbaikan Prestasi Dalam Keberkesanan Perniagaan










RENDAH
TINGGI                     
                                   proses  e-perniagaan/kerjasama

Rajah 1.0 strategik kedudukan matriks


PENEMBUSAN PASARAN GLOBAL.

Sesebuah syarikat yang memasuki kuadran matrik hendaklah mengambil kesempatan daripada kadar ketinggian pelanggan dan hubungan dengan pesaing menggunakan IT.

Strategi : Membangunkan aplikasi e-perniagaan dan e-dagang dengan mengoptimumkan interaksi dengan pelangaan dan membina pasaran.

Contoh   : Laman web e-dagang dengan menambah nilai perkhidmatan pelanggan dan meluaskan talian sokongan pelangaan akan menjadi salah satu cara untuk melaksanakan strategi ini.

s

PRODUK DAN TRANFORMASI PERKHIDMATAN.

Disini, sebuah syarikat dengan pelanggan, pembekal dan pesaingnya meluaskan rangkaian. Teknologi berasaskan internet termasuk laman web e-dagang dan intranet dan extranet e-perniagaan kini perlu dilaksanakan melalui operasi syarikat tersebut dan hubungan perniagaannya.


Strategi : Membangun dan menggunakan produk dan perkhidmatan yang strategik dengan mengubah semula dalam pasaran.


Contoh :  Gunakan internet untuk proses transaksi perdagangan elektronik dengan pelanggan di web syarikat dan lelongan e-dagang serta pertukaran untuk pelanggan.





PENINGKATAN KOS DAN KECEKAPAN                                                                                                                                                            

Menfokuskan kepada peningkatan kecekapan dan mengurangkan kos melalui penggunaan internet dan dunia web.

Strategi  : Ianya melibatkan kos yang rendah dan memudahkan komunikasi dan internet berlaku antara pelanggan, pembekal, dan rakan kongsi.


Contoh    : E-mel, sistem berbual, melalui perbincangan dan laman web sesebuah syarikat



PENAMBAHBAIKAN PRESTASI DALAM KEBERKESANAN PERNIAGAAN

Faktor dalam sesebuah syarikat boleh meningkatkan proses perniagaannya tetapi faktor luaran iaitu pelanggan dan pesaing masih berada dalam tahap yang rendah.


Strategi  ; Penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjamin keberkesanan dalam perniagaan.


Contoh ;  Penggunaan teknologi secara meluas berasaskan intranet boleh meningkatkan perkongsian maklumat. Seterusnya bekerjasama dengan rakan kongsi.





Contoh strategi
e-perniagaan

Mencipta pasaran 
Menggunakan internet untuk menentukan pasaran baru dengan mengenalpasti satu-satunya keperluan pelanggan. Model ini memerlukan anda untuk menjadi antara yang pertama dan kekal di hadapan dalam persaingan dengan pembaharuan yang berkesan. 

Contoh : Amazon. Com dan E*TRADE.


Konfigurasi saluran  
Menggunakan internet sebagai saluran baru untuk mendapatkan pelanggan, membuat jualan, dan memenuhi pesanan secara langsung. Tambahan model ini, lebih baik dari menggantikan pengedaran fizikal dan saluran pemasaran. 

Contoh : Cisco dan Dell


Perantara interaksi 
Menggunakan internet untuk proses pembelian. Model transaksi ini termasuklah akhir-ke-akhir proses mencari, membandingkan, memilih dan membayar talian.

Contoh : Microsoft Expedia dan eBay.


Infomediari 
 Menggunakan internet untuk mengurangkan kos carian. Menawarkan kepada pelanggan satu proses untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk membuat pembelian yang besar.

 Contoh : HomeAdvisor and Auto-By-Tel.


Pembaharuan perkhidmatan layan diri 
Menggunakan internet untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pekerja pelanggan yang boleh digunakan secara langsung.
Contoh : Employease dan Healtheon.


Pembaharuan rantaian pembekal 
Menggunakan internet untuk menyelaraskan interaksi dalam kalangan semua pihak dalam rantaian pembekal untuk meningkatkan kecekapan operasi.

 Contoh : McKesson dan Ingram Micro.


Penguasaan saluran 
Menggunakan internet sebagai saluran jualan dan perkhidmatan.

Contoh : Charles Schwab